Thursday, 20 October 2016

Sejarah Pertanian

Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu,[1] pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairan, penggiliran tanaman, baja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan pengkhususan ketenteraan yang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni seperti kesusasteraan epik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem undang-undang terkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian memungkinkan peradaban.



[1]  Richard Hamilton on June 1, 2009-Agriculture's Sustainable Future: Breeding Better Crops
Modern technologies can increase crop yields and reduce agriculture's environmental impact

No comments:

Post a Comment