‘Pertanian
adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk
mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah
negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian,
seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk
keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu
diubah. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada
tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya
petani-petani yang sudah lanjut usianya.
Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada
seluruh masyarakat Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam
masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci Ekonomi 2011 untuk
sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama pengeluaran
dalam sektor pertanian adalah subsektor tanaman dengan RM37,275.6 juta, diikuti
perhutanan & pembalakan (RM8,111.0 juta), ternakan (RM6,591.5 juta) dan
akhir sekali perikanan (RM1,474.1 juta).
Pertanian juga dilihat sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian
ini ke negara-negara luar. Selain itu juga, bidang pertanian juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Pertanian juga turut memberi keuntungan yang
besar kepada pelabur dan pengusaha yang melakukannya. Sekiranya pengusaha
menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil yang akan
dijual sudah tentu akan meningkat.
Dengan menceburi bidang pertanian, secara tidak langsung kita akan dapat membantu negara memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku. Dengan bilangan
penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 28.6 juta penduduk pada tahun 2010
dan dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang tahun 2020,
tentunya keperluan makanan akan semakin meningkat. Masalah pertambahan jumlah
penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara
alasan yang sering dijadikan sebab mengapa terjadinya krisis kekurangan makanan
di dunia.[1]
No comments:
Post a Comment