Thursday, 20 October 2016

CABARAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Sektor pertanian juga menghadapi masalah antaranya yang  berkaitan dengan kurangnya keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda oleh proses perbandaran dan kemajuan industri. Kekurangan tanah pertanian turut mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah output pertanian. (Rafiqah Binti Mat dan Aziz Abdul Majid).[1]
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menyatakan beberapa cabaran lain yang dihadapi bagi bidang perniagaan ini antaranya seperti ketiadaan teknologi terkini serta kepakaran sokongan didalam bidang pertanian, kekurangan pekerja dan kekurangan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian. Kurangnya pendedahan terhadap sektor pertanian kepada golongan belia juga menjadikan kurangnya minat dan penglibatan mereka kepada pertanian. Di samping itu, kekurangan sumber kewangan, tanah, peralatan pertanian dan maklumat aktiviti pertanian juga menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam pertanian.
Selain itu, asalah modal juga dikesan sebagai salah satu cabaran dan halangan. Ini adalah kerana modal merupakan salah satu input penting didalam apa jua kegiatan ekonomi. Begitu juga dengan aktiviti pertanian, modal memang sangat diperlukan bagi menanggung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi untuk menggunakan semula modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri.



[1] “Cabaran dan halangan perniagaan berasaskan pertanian”, Disediakan oleh: Mawan,  September 21, 2011. 

No comments:

Post a Comment