Pertanian ialah pengeluaran
makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia
merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan
penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan
pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian
dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai
bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan
membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah
suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.
Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk
pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk
tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan
pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).
Agronomi (ilmu pertanian)
moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan
teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang
sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan
amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang
serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi
menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan
antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan
dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]
Keluaran pertanian utama
secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah,
bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan
lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya
untuk menghasilkan:
makanan, misalnya bijirin,
sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;
gentian, misalnya kapas, bulu
biri-biri, hem, sutera, dan flaks;
bahan mentah, misalnya kayu
gergaji, dan buluh;
perangsang, misalnya tembakau,
alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;
biobahan api, misalnya metana
(daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;
keluaran hiasan, misalnya
bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk
perdagangan haiwan kesayangan; dan
bahan lain yang berguna,
misalnya damar.
Walaupun pada 2003, bilangan
pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap
pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya,
sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji
paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian
menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007,
pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar
(iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[6]
[1] "Human
Health Issues | Pesticides | US EPA". Epa.gov. 2006-06-28. Dicapai pada
2009-11-26.
[2] "EU
Scientists Confirm Health Risks of Growth Hormones in Meat".
Organicconsumers.org. Dicapai pada 2009-11-26.
[3] "Growing
Plants for Pharmaceutical Production vs. for Food and Feed Crops".
bio.org. Washington DC: Biotechnology Industry Organization. Dicapai pada October
2, 2009.
[4] Brickates
Kennedy, Val (October 16, 2007). "Plastics that are green in more ways
than one". MarketWatch (New York: The Wall Street Journal).
[5] "Key
Indicators of the Labour Market Programme". International Labour
Organization. September 7, 2009.
[6] "https://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/xx.html#Econ".
Pautan luar dalam |title= (bantuan)
No comments:
Post a Comment