Thursday 20 October 2016

CABARAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

Sektor pertanian juga menghadapi masalah antaranya yang  berkaitan dengan kurangnya keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda oleh proses perbandaran dan kemajuan industri. Kekurangan tanah pertanian turut mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah output pertanian. (Rafiqah Binti Mat dan Aziz Abdul Majid).[1]
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menyatakan beberapa cabaran lain yang dihadapi bagi bidang perniagaan ini antaranya seperti ketiadaan teknologi terkini serta kepakaran sokongan didalam bidang pertanian, kekurangan pekerja dan kekurangan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian. Kurangnya pendedahan terhadap sektor pertanian kepada golongan belia juga menjadikan kurangnya minat dan penglibatan mereka kepada pertanian. Di samping itu, kekurangan sumber kewangan, tanah, peralatan pertanian dan maklumat aktiviti pertanian juga menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam pertanian.
Selain itu, asalah modal juga dikesan sebagai salah satu cabaran dan halangan. Ini adalah kerana modal merupakan salah satu input penting didalam apa jua kegiatan ekonomi. Begitu juga dengan aktiviti pertanian, modal memang sangat diperlukan bagi menanggung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi untuk menggunakan semula modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri.



[1] “Cabaran dan halangan perniagaan berasaskan pertanian”, Disediakan oleh: Mawan,  September 21, 2011. 

POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu diubah. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya.
Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci Ekonomi 2011 untuk sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama pengeluaran dalam sektor pertanian adalah subsektor tanaman dengan RM37,275.6 juta, diikuti perhutanan & pembalakan (RM8,111.0 juta), ternakan (RM6,591.5 juta) dan akhir sekali perikanan (RM1,474.1 juta).
Pertanian juga dilihat sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian ini ke negara-negara luar. Selain itu juga, bidang pertanian juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Pertanian juga turut memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha yang melakukannya. Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti, maka harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat.
Dengan menceburi bidang pertanian, secara tidak langsung kita akan dapat membantu negara memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 28.6 juta penduduk pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang tahun 2020, tentunya keperluan makanan akan semakin meningkat. Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan sebab mengapa terjadinya krisis kekurangan makanan di dunia.[1]

KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

biobahan api, bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4]
makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;
gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;
bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;
perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;
biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;
keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan
bahan lain yang berguna, misalnya damar.
Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[6]



[1] "Human Health Issues | Pesticides | US EPA". Epa.gov. 2006-06-28. Dicapai pada 2009-11-26.
[2] "EU Scientists Confirm Health Risks of Growth Hormones in Meat". Organicconsumers.org. Dicapai pada 2009-11-26.
[3] "Growing Plants for Pharmaceutical Production vs. for Food and Feed Crops". bio.org. Washington DC: Biotechnology Industry Organization. Dicapai pada October 2, 2009.
[4] Brickates Kennedy, Val (October 16, 2007). "Plastics that are green in more ways than one". MarketWatch (New York: The Wall Street Journal).
[5] "Key Indicators of the Labour Market Programme". International Labour Organization. September 7, 2009.
[6] "https://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/xx.html#Econ". Pautan luar dalam |title= (bantuan)

Sejarah Pertanian

Sejak permulaannya kira-kira 10,000 tahun yang lalu,[1] pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairan, penggiliran tanaman, baja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan pengkhususan ketenteraan yang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni seperti kesusasteraan epik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem undang-undang terkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian memungkinkan peradaban.



[1]  Richard Hamilton on June 1, 2009-Agriculture's Sustainable Future: Breeding Better Crops
Modern technologies can increase crop yields and reduce agriculture's environmental impact